Tren Dulu Tren Sekarang

Teks & Foto: Zaila Hafni

Baru-baru ni akak jadi pengguna tren untuk 2 minggu. Akak ada kursus.

Setelah agak lama meninggalkan arena mengangkut diri dengan pengangkutan awam, akak agak teruja juga nak alami pengalaman ni semula.

Memula terkial-kial juga nak biasakan diri, nak beli tiket. Tapi lama-lama dah terror, siap tak guna tiket dah, guna kad Touch n Go aje, senang yakmat.

Tapi kalau nak beli tiket pun, taklah susah pun. Mesin tiket alhamdulillah kebanyakan ok. Ada banyak mesin dan orang tak beratur panjang pun macam dulu kala. Mesin pun efisien je akak tengok. Bezanya, tiket tu dalam bentuk token bukan tiket kertas atau kad. Jadi suatu perkembangan yang bagus di situ sebab mudah dan tiada pembaziran.

Lagi pemerhatian tentang sistem pengangkutan awam (tren dan bas RapidKL) sekarang berbanding zaman akak jadi pengguna tegar 6-7 tahun lalu:

1. Tempoh menunggu singkat. 2 minit, 5 minit, 10 minit akan datang tren seterusnya. Peak hours kedatangan tren agak kerap.

2. Masih boleh bayar guna kad Touch N Go. Tambang lebih murah. Kalau mahu tambang lebih murah, langgan pakej 7 hari atau 30 hari. Sesuai bagi golongan yang menggunakan tren atau bas dengan kerap.

3. Air-cond kuat. Haha ini ada pro and cons. Pro, bila ramai orang dalam tren, kau tidaklah kepanasan. Bau tak menyenangkan pun kurang. Cons, rasa beku otak dek tertimpa deruan air-cond kalau betul atas kepala.

4. Makin ramai penumpang yang behave. Pandai beratur untuk masuk tren/bas. Tak bertolak-tolak masa pintu tren dibuka. Yang bagi tempat duduk pada golongan memerlukan pun biasa sangat dah tengok. Takdelah selfish sangat dah orang Malaysia ni.

Itu antaranya lah. So far, puas hati dengan servis LRT. Siap bawak anak pi jenjalan lagi naik tren. Mudah.

Korang kalau nak cuba, bolehlah angkut sekeluarga. Sesekali tak payah bawak kereta. Banyak juga mall yang dekat dengan stesen-stesen LRT.

KLCC, KL Gateway, Subang Parade, Amcorp Mall.

No comments:

Post a Comment

Ada soalan? Komen di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...