Pocket Chia, Mudahnya Bawa Chia Seed Ke Mana-mana

Teks & Foto: Zaila Hafni

Akak tak pernah makan chia seed, rasanya. Haaa tak tahulah kalau pernah ter-rasa tapi akak short term memory lost. Tapi rasanya idaklah.

Tapi teringin nak makan. Ater makanan yang boleh bantu kurus ni memang terbeliak sikitlah mata khennn.

Nak beli sebelum ni, tengok semua pek dan botol besar-besar. Tak habih karang membazir. Rasa tak tahu lagi macamana.

Maka tergodalah akak bila ternampak botol-botol kecik ni berisi chia seed ni. Namanya pun Pocket Chia. Very the mobile, senang nak angkut ke mana-mana gituh. Saiz botolnye kecik aje, ada 4 botol dalam satu pek.

Harga ni dalam RM15 gitulah. Akak beli kat Jaya Grocer.

Menurut buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu - yang ditulis oleh team Root of Science, katanya chia seed ni bukanlah kuruskan badan pun. Tapi tolong kita kawal selera makan. Ala-ala oat jugaklah.

Chia seed ni bila dalam cecair dia kembang. Maka bila kita makan dia tu, penuh dan kenyang dah la rasa perut. Takdela nak melantak banyak sangat.

Tapi pun kena careful jugak dengan chia seed ni, katanya kalori tinggi juga jadi kena ambik dalam sukatan yang memadai saja.

Akak baru nak explore lagu mana nak makan dan telan benda alah chia ni. Eloklah nak dekat puasa ni. Semoga selera makan tu dapatlah dikawal sikit.

Ehhhh kata nak kurus!

TeacheRobik, Senamrobik Santai di Rumah yang Awesome

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube Teacherobik

Kan sebelum ni akak kata nak cuba Morning Yoga, nampak gayanya tak boleh pergilah you all. Mengantuk tahap gaban. So tinggal kenangan sekejaplah yoga ittew. Kahkah

Terpengaruh dengan Teacherobik lepas nampak ada kawan share video diorang ni kat FB.

Maka pagi ni akak cuba.

Paling suka senamrobik yang lagu Havana ni.



Movement dia memang sesuai lah ngan akak yang sendu-sendu kejap work out kejap tak ni. Dan juga bagus nak warm up balik untuk work out.

Pagi-pagi buat ni sedap jugak, keluar gak peluh jahat walaupun beberapa titis. Hahaha

Satu work out dalam 3 minit, jadi kenalah ikut beberapa lagu. Tadi akak cuba dalam 5-6 video, dalam 20 minit gitulah. Ok lah longgar sikit sendi-sendi ni. Segar sikit nak mulakan hari.

Banding yoga tuuuuuuu. Kehkeh.

You all mungkin ok dengan yoga tapi akak tak blehhhhh la. Mungkin kena berguru baru ok kot.

Oklah sebab tersuka dengan TeacheRobik ni, terus akak subscribe Youtube channel diorang. Selain movement yang best dan simple dan santai, akak suka sebab bersifat Malaysia yang ada perempuan tutup aurat, yang lelaki pun sopan je. Kalau kata nak senam dengan anak pun takde lah segan sangat.

Follow depa kalau nak mula bersenam okey!

Youtube: TeacheRobik

Kari Kepala Ikan Sedap di Restoran ZK, Kuala Lumpur


Teks & Foto: Zaila Hafni

Hari tu kami sekeluarga dengan keluarga abang dan adik serta adik-beradik kakak ipar akak makan di Restoran ZK, Kuala Lumpur.

Saja nak celebrate birthday anak sedara. Makan reramai, makan kek, makan brownies. 

Kakak ipar dengan abang akak belanja. Alhamdulillah.



Alamat dan nombor telefon Restoran ZK


Restoran ni kat Jalan Kampung Attap, ke dalam sikit kawasannya tapi guna Maps, insya-Allah jumpa. 

Ada dua restoran ZK, selang dalam 3-4 buah kedai aje. Satu end lot, takde air-cond. Makan dalam kedai boleh, open air pun boleh. Satu lagi kedai, air-cond.

Hari tu kami makan kat kedai ZK air-cond, mujur tak ramai dan boleh muatkan kami semua around 20 orang walaupun tak reserve awal. Diorang boleh serve untuk small occassion. Nasi, lauk semua dah ready.

Masa kitorang sampai pun ada juga family lain makan reramai gak. 


Kari kepala ikan


Kari kepala ikan ialah signature dish ZK. Ini ha rupanya. Harga sepinggan bermula daripada RM90, mungkin ada yang RM100 lebih depend saiz kot. Kena tanya waiter kat situ.

Dalam kari ni, ada bendi dengan tauhu kering, menarik sebab akak tak pernah makan kari ikan letak tauhu kering. Sedap jugaklah. Isi kepala ikan memang lembut, sedap dan tak hanyir. Peminat kari kepala ikan, kena cuba makan kat ZK. 

Menu kami hari tu selain kari kepala ikan ialah sambal sotong, ayam goreng, kubis goreng, kuah madu dan ulam (hirisan bawang dan cili padi), serta jus tembikai.





Kenyang walaupun makan agak huru-hara dengan kanak-kanak. Hehe. Selang sebuah kedai, ada kedai cookies. Singgahlah situ sekali tau. Ngeeeee.

Ok, kalau nak makan kari kepala ikan delicious ni, boleh terus ke sini ye:

Restoran ZK, Kari Kepala Ikan Istimewa
Alamat: No 69 & 76, Jalan Kg Attap, 50460 Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 9786
E-mel: restoranzk@gmail.com


Morning Yoga

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

Pagi ni, tetiba datang seru untuk akak buat yoga.

Actually akak nak search morning work out kat Youtube, tapi dalam suggested search tu ternampak morning yoga, lantas akak rasa nak cuba.

Sebelum ni, dok buat cardio work out je, tak pernah cuba yoga ni.

Baik kita cuba pagi ini tengok macamana dia punya pergi.

Akak pilih 5-minutes yoga with Adriene. Kita test dulu 5 minit tengok ok ke tidak.

So far ok. Ala lagipun 5 minit. Boleh la as introduction. Macam stretching mudah mudah to wake up and freshing your body gitu ha.

Akak tak puas hati buat 5 minit ni je lalu akak sambung dengan 36 minutes morning yoga oleh trainer yang sama.

Sementara anak masih tidur, baiklah kita teruskan ye dak.

Bersambung dengan yoga lagi.

Slow and steady. Stretch stretch. Relaks je. Mula-mula tu ok boleh cope lagi. Then masuk ke 
stretching lebih sikit, haa dah terasa dah tegang urat-urat tengkok, urat betis semua. Kehkeh.

Yoga nampak je slow tapi impak dia orang yang buat je rasa. Takde nampak peluh or tercungap kepenatan tapi rasa kat 'dalam'.

Akak boleh cope lagi sampailah part meniarap tu, akak follow sikit lepas tu akak lelap terus. Kahkahkah!

Actually movement sebelum tu pun akak dah dok menguap-nguap. Pe bende refreshing your body and wake up call gini kan. Tapi akak layankan aje.

Dah memang aku mengantok oi.

Lelap barang seminit dua, terjaga balik tengok dah start next video dah. Hahaha ngok ngek betui.

Anyhow, best juga actually do yoga to start your day. Bagi badan segar sikit. Takde la terkejut, 
bangun tidur dah agresif camtu. Melainkan dah biasa. Yang beginner tok sah la beria sangat. Cardio routine maybe boleh start later. Yang tu actually akak suka buat petang petang bagi keluar peluh. Tapi ngikutkan Mak Dara pagi pagi lagi elok keluarkan peluh jahat.

Maksud dia, start buat keja pagi pagi la kot kan. Hehe

Anyway, here is the video that I followed just now. In case minat nak ikut. Akak pun saja simpan sini senang nak refer balik.



Yoga oi yoga!

Frozen Pizza Kart's Hawaiian Chicken


Teks & Foto: Zaila Hafni

Teruja betui nak test oven toaster baru, hasben akak beli 3 kotak piza beku Kart's.

Ni dia piza Hawaiian Chicken. Saiz kecik je ni tapi oklah. Puas hati juga makan piza panas dari dapur sendiri. Hehe

Kot lepas ni boleh cuba piza buat sendiri pulak ye tak.

Tapi kalau dok kalut-kalut, korang beli jelah piza beku ni. Kart's ada 3 jenis piza, Hawaiian Chicken, Beef Supreme dan Seafood. Kot bebila lapar or teringin piza, bakar je sendiri. Kejap aje pun dalam 20 minit dah siap. 

Sedap juga. 

Dalam 1 kotak, ada 2 keping piza. Kalau family of 5 macam akak ni, bakar 2 keping tu pun oklah buat lapik perut. Tapi kalau dah kebulor kena 4 keping la kot! Hahaha

Nah akak jamu mata korang dengan piza. Semoga terliur. Hahahahaha


Sihat dengan Puasa

Teks: Zaila Hafni
Imej: buku Resipi Alergi

Akak tension betul tengok imej pantulan akak kat cermin. Melebar dengan berjaya dan bergaya sangat.

Maklumlah beberapa bulan ni, kerap makan lewat dan bertambah pulak tu.

Senam menyenam? Hmm dah lama tinggalkan. Nak buat je ada macam-macam kekangan. Hari tu ada buat sekali, betis cramp akak rest kejap. Lepas tu rest terus. Caittttt

Tapi mengenangkan kegemokan ini yang amatlah huduh di pandangan mata, selain risau meningkatkan risiko penyakit, mau tak mau akak kena jaga makan dan bersenam.

Sikit-sikit pun tak apa janji buat.

Dan sebab nak control makan kadangkala tewas, jadi akak decide nak puasa. Elok juga dengan bulan Rejab, baik banyakkan puasa sunat sampai Ramadan.

Bila puasa, dapatlah badan rehat sekejap. Boleh detoks, repair mana patut, perut pun rehat jap proses makanan. Kira servis badan macamana kita servis kereta jugaklah.

Selain tu dapat prepare untuk Ramadan. Taklah terkejut straight puasa 30 hari.

Semoga dapat konsisten berpuasa. Dan dapat turunkan berat sikit.

Bila gemok ni, malas dan lesu. Teruk betui.

Tren Dulu Tren Sekarang

Teks & Foto: Zaila Hafni

Baru-baru ni akak jadi pengguna tren untuk 2 minggu. Akak ada kursus.

Setelah agak lama meninggalkan arena mengangkut diri dengan pengangkutan awam, akak agak teruja juga nak alami pengalaman ni semula.

Memula terkial-kial juga nak biasakan diri, nak beli tiket. Tapi lama-lama dah terror, siap tak guna tiket dah, guna kad Touch n Go aje, senang yakmat.

Tapi kalau nak beli tiket pun, taklah susah pun. Mesin tiket alhamdulillah kebanyakan ok. Ada banyak mesin dan orang tak beratur panjang pun macam dulu kala. Mesin pun efisien je akak tengok. Bezanya, tiket tu dalam bentuk token bukan tiket kertas atau kad. Jadi suatu perkembangan yang bagus di situ sebab mudah dan tiada pembaziran.

Lagi pemerhatian tentang sistem pengangkutan awam (tren dan bas RapidKL) sekarang berbanding zaman akak jadi pengguna tegar 6-7 tahun lalu:

1. Tempoh menunggu singkat. 2 minit, 5 minit, 10 minit akan datang tren seterusnya. Peak hours kedatangan tren agak kerap.

2. Masih boleh bayar guna kad Touch N Go. Tambang lebih murah. Kalau mahu tambang lebih murah, langgan pakej 7 hari atau 30 hari. Sesuai bagi golongan yang menggunakan tren atau bas dengan kerap.

3. Air-cond kuat. Haha ini ada pro and cons. Pro, bila ramai orang dalam tren, kau tidaklah kepanasan. Bau tak menyenangkan pun kurang. Cons, rasa beku otak dek tertimpa deruan air-cond kalau betul atas kepala.

4. Makin ramai penumpang yang behave. Pandai beratur untuk masuk tren/bas. Tak bertolak-tolak masa pintu tren dibuka. Yang bagi tempat duduk pada golongan memerlukan pun biasa sangat dah tengok. Takdelah selfish sangat dah orang Malaysia ni.

Itu antaranya lah. So far, puas hati dengan servis LRT. Siap bawak anak pi jenjalan lagi naik tren. Mudah.

Korang kalau nak cuba, bolehlah angkut sekeluarga. Sesekali tak payah bawak kereta. Banyak juga mall yang dekat dengan stesen-stesen LRT.

KLCC, KL Gateway, Subang Parade, Amcorp Mall.

Resipi Homemade Nugget Simple dan Cepat

Teks & Foto: Zaila Hafni

Nugget ni, tak kira budak ke mak bapak budak semua suka makan ye dak?

Tapi itulah, kadang nugget yang kita beli frozen tu banyak sangat pengawet, bahan perasa semua. Sesekali makan tu ok je pada akak. Tapi elak kerap sangat.

Maka atas inisiatif nak jugak makan nugget banyak tapi nak perasa tambahan dan yang sewaktu dengannya, akak buat sendiri je kat rumah.

Homemade nugget gitu ha.

Ala biasa dah orang dok buat sendiri kan sekarang. Tapi akak totap nak share macamana akak buat. Haha

Rupanya mungkin idaklah lawa mana tapi rasanya ok laa. Puas hati makan.

Yang penting sekejapan sangat nak buatnya. Bahan pun tak banyak. Zass zass siap.

Nah resipi, kalau sapa rasa nak coba.


Nugget Ayam Homemade


Bahan-bahan:

Filet ayam, 3-4 keping
Telur, 2 biji
Herba Itali, 1/2 sudu besar
Garam, 1 sudu teh
Serbuk roti golden orange, 1/2 peket

Cara buat:

- Hiris filet ayam ikut saiz yang u ols suka
- Tabur herba Itali dan garam, gaul rata
- Pecahkan telur, gaul dengan ayam, perap kejap dalam 30 minit ke 1 jam
- Panaskan minyak, agak cukup la nak goreng 5 ke 6 ketul ayam
- Tuang serbuk roti dalam pinggan atau dulang
- Ambik ayam, golekkan atas serbuk roti sampai fully coated
- Gorengkan sampai jadi kaler keemasan, lepas tu dah boleh angkat dan tos
- Cicah dengan sos cili Thai


Nota:
1. Akak tak cincang filet ayam sebab nak cepat. Kalau u ols ada masa, boleh cincang filet ayam dan masukkan sayur. 
2. Goreng nugget sekejap saja dalam 4-5 minit gitu. Guna api sederhana. Elok nampak garing dan warna keemasan dah boleh angkat. Rangup di luar, lembut dan berjus di dalam. Kalau lama sangat goreng, nugget jadi keras dan kering.
3. Serbuk roti pilih jenis golden orange, jenama Meriah. Nampak cantik. Hehe

Selamat mencuba!


Cara Atasi Rambut Berminyak dan Banyak Gugur

Teks & Foto: Zaila Hafni

Sejak bersalin anak nombor 2, rambut akak memang bermasalah teruk.

Rambut gugur memang bertebaran kat lantai rumah (jenuh menyapu). Kat dalam bilik air bergumpal rambut kat lubang air.

Masa syampu rambut lagi stres. Lagiiii banyak gugur.

Sampailah hari tu tak tertahan dengan rambut sendiri. Akak cakap kat hasben nak pegi potong rambut. Biar pendek je senang nak urus.

Maka, pegilah ke salon yang akak penah pegi hampir 3 tahun lepas. Ahaks.

Siti Salon Al Zahrah kat Seksyen 7, Shah Alam. Boleh baca lanjut pasal salon ni kat link ni: 

https://lifeisaboutsharingstories.blogspot.my/2015/02/salun-spa-muslimah-siti-salon-al-zahrah.html?m=1

Masa duduk nak tunggu turn rambut dipotong, akak salon tu tegur rambut akak nipis. Hohoh #sentap

Dah nak botak kat belah tepi kiri kanan tu.

Dia tanya, selalu ikat ye?

Ha aa.

Lepas tu, bermulalah sesi kaunseling cara menjaga rambut yang betul. Hahaha

Nah akak kongsikan tip supaya rambut cantik dan sihat sebagaimana yang diberitahu oleh akak salon yang senior dan berambut lawa itew.

1. Guna syampu yang takde paraben, SLS. Biasa salon ada. Akak tu kata kalau guna syampu biasa, liang kat kulit kepala lagi tersumbat, tak bersih. Dia kataaaa.

2. Untuk rambut berminyak dan banyak gugur macam kes akak, cuba syampu rambut selang sehari.

3. Elak ikat rambut lama sangat. Rambut tak cantik dan senang gugur.

4. Potong pendek (bob cut kalau akak), klip rambut yang jatuh kat dahi.

5. Jangan lupa sikat rambut. Hahahah macamana dia tau akak jarang sikat! Apa taknya sikat selalu ghaib anak ambik main. Akak sikat rambut ngan jari je lah. Tapi dah insof dah. Simpan sikat tinggi sikit anak takleh capai. Kehkeh

6. Tak payah pakai hair conditioner kalau rambut berminyak. Dah ok baru boleh pakai.

7. Trim atau potong rambut 6 ke 8 bulan sekali. Baru rambut tumbuh cantik.

8. Rambut berminyak dan gugur boleh cuba treatment khusus atau dipakaikan inai. Akak teringin gak tapi nantilah kumpul ongkos dulu (kat salon tu RM100++). Ataupun pi buat kat salon lain.

Begitulah.

Kita mak-mak ni memang lah rambut kadang tu kusut masai serabut. Tapi setakat yang mampu kita jagalah kan. Pendek ke panjang ke pepandailah u ols jaga. Janji rambut sihat bersinar tak tersangkut pada skala 6. Gituh.

Ni syampu yang akak terpengaruh beli kat salon. RM45 sebotol ni dek. Tapi takpa.

#siscuba

Feeling ala salon lepas syampu. Bau salon sangat. Hahahah.

Nanti kita tengok la sama ada rambut jadi macam Rapunzel ke Reputzel. Kahkah

Cetaphil Baby untuk Anak Kulit Kering dan Ekzema

Teks & Foto: Zaila Hafni

Anak kedua akak selalu ada masalah kulit sikit. Gatal, ruam, kulit kering. Dokter kata macam ekzema jugaklah tapi taklah terlalu teruk.

Jadi dokter sarankan guna losyen badan dan elak guna sabun mandi yang anti-bakteria macam Dettol, Antabax, Lifebuoy dan yang sewaktu dengannya. Nanti kulit lagi kering. Mujo akak guna Pureen untuk shower bath budak-budak ni. Dokter kata ok.

Actually sejak anak ketiga akak pernah cuba losyen Cetaphil Baby. Dokter yang suggest sebab masa tu baby kulit kering dan tak berapa cantik. Kami pun cuba la beli. Sebotol dalam RM60+, pejam mata kejaplah mengenangkan anak. Huhu.

Tapi lama gak tahan sebab botol dia agak besar. Ada kot 2 bulan lebih. Dan akak pun takde la nak picit beriya bagai. Dah sapu pun kat baby, guna sikit aje. Sapu setiap kali lepas mandi.

Memang alhamdulillah. Kulit makin lembap dan lembut. Wangi pulak tu. Sedap bau dia dan tahan lama. Sesuai sangat pakai kat baby.

Baru ni akak beli lagi untuk anak kedua tu. Tapi biasalah pakaikan sekali untuk semua anak. Kali ni hasben akak beli value pack. Ada losyen dengan shower bath sekali. Sebelum ni guna losyen je. Value pack ni beli kat Guardian, dalam RM80+ gitu. Takpelah janji anak-anak sihat.

Sekali lagi akak kagum bila shower bath Cetaphil ni pun kemain sedap bau dia. Wangi harum rasa comel sangat anak-anak lepas mandi. Kahkah

Memang elok kulit anak sebab shower bath ni ada kandungan losyen juga. Jadinya kulit anak lebih lembap dan lembut.

Kalau anak-anak u ols ada masalah kulit kering, selalu gatal boleh la cuba Cetaphil Baby ni. Akak rekomen. Cari je kat drugstore insya Allah ada. Siapkan duit jelah sikit. Huhu.

Ubat Batuk Tak Mengantuk

Teks & Foto: Zaila Hafni

Kalau dulu ubat batuk ni memang sinonim lah dengan mengantuk. Makan ubat batuk, tak boleh buat kerja apa. Driving paling bahaya sekali. Jadinya solusi dulu, bila batuk makan ubat batuk, mengantuk. Kena rehat iaitu tidur.

Tapi beberapa tahun kebelakangan ni, rasanya banyak dah ubat batuk yang tak bagi mengantuk. Dalam bentuk pil pun ada tapi akak tak pernah lagi dapat ubat batuk pil. Lately ni selalu dapat ubat batuk jenama Prospan, ubat batuk herba katanya. Tak mengantuk.

Ubat batuk ni untuk budak pun boleh. Ikut sukatan yang ada tulis kat kotak. Seisi keluarga boleh pakai ni.

Banyak dah klinik bagi ubat batuk jenis ni. Oklah untuk batuk-batuk biasa. Kat farmasi pun ada jual kot. Tapi akak biasa dapat ni bila jumpa dokter.

So sekarang ni, even kau batuk dan makan ubat batuk, tak mesti nak kena tidur je manjang ye. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...